About me TutoBies Affiliate Entry Follow

Spirit of Champion
                                                                                        
I rajin okey harini even hw memang bertimbun timbun menyeru yeru nama aku.

Soc,hanya satu dan kekal satu.                                                              

Menginjak angka 16 tahun ni,macam macam feeling yg dirasa.ayat nak sastera je :p
Mula mula hari first jejak kaki kat sekolah.Riuh rendah je.dengar gelak ketawa.share semua cerita pekasam time cuti.belajar dan terus belajar.sampaila,sorang sorang dapat tawaran pindah.untung beb dapat pindah.kelas jadi krik krik je.okey ini tipu.tapi jujur la kan,rasa sunyi.

Bayangkan org yg kau selalu nampak takde depan mata.dapat tak bayangkan?aku tau iman mohon samttaj.tapi,tak sangka dia terima.bestfriends sendiri pindah woi.meraungla wana meraung.iman dah pindah.tempat luahan hati,asilah pun pindah.takde gelak lawak hambar.Fasyu pun dapat tawaran.lagi bertambah sedih.ka2 kitorang dah takde.petang dapat surat,malam pindah.Wawa awal-awal lagi dah angkat kaki lepas dapat tikl.

Lepastu,budak laki sorang sorang dapat kv.memang lagi rasa kehilangan.biasa yg selalu buat lawak menceriakan suasana ni diorang je.Aku pun ada juga isi borang sbp.tapi tak dapat.rezeki masih kat bumi samtaj.selalu pujuk hati jangan kecewa.

Biasa,kat dalam kelas time add math,dengar suara wawa jerit jerit bagi jawapan.Kalau bahasa arab,asyik tanya minta fasyu ajar.Pandang kiri,sembang lawak hambar dengan iman.Kat asrama,share prob dengan asilah.After diorang pindah,minta eva ajar math.Tak sangka eva pun pindah jugak.Balik dm,biasa nampak budak laki sembang sembang.Bila takde ahad,rasa sunyi la jugak.Biasa nampak form 4 lelaki jalan reramai.Datang koop berjemaah.Ni tinggal kerat kerat je.Ya Allah,rindu.

Jeolous sebenarnya tengok orang yg dapat tawaran ni.sedangkan aku yang nak,tak dapat.maybe ada hikmah.kekadang bila tengah alone,mesti teringat diorang.

"apa diorang tgh buat skrg?"

"macamne la budak laki kat asrama."

"mesti best belajar bio fizik kimia"

nampak tak yg aku rindu semua tu.anggukkan kepala anda please.korang rindu kitaorang tak?baik cakap rindu.cakap la.

Hmm.hmm.

Kepada yg pindah,tahniah diucapkan.selamat mengejar impian.Moga mumtaz sma straight a spm.makan nasi minyak jangan lupa jemput.yg penting,jangan lupakan aku.jangan lupakan samtaj.jangan lupakan soc.kekadang aku berharap supaya masa ni cepat berlalu supaya cepat dapat jumpa korang.tak dapat aku nak tengok korang membesar depan mata aku.haha.

Kepada yang stay macam aku,kita ni putera puteri kebangaan sekolah tau.usaha yang terbaik.semoga 94 ni kekal sampai kita jadi senior.moga ukhwah makin kuat.moga hati makin sado.kita susah senang sama-sama eh.


                                                               Bye 3 Firdaus.


      Abaikan roda impian yang tak siap lagi tu.Malam kenangan,habis prep terus susun kerusi untuk  
      amek gambar.

             
                 Sir Firdaus pun dah pindah jugak.Ahad,fasyu,wawa,iman,mira dan asilah pun.

                                                                       All of me//

Ikhlas,
Nur Syazwana bt Mohd Zolkafli.
Bumi Samtaj,Sg,Besar.
Mumtaz jika diizinkan.





Page 5 of 365.
 Assalammualaikum.
Banyak entry gua dah delete.sengaja delete.haha.bukan korang kisah pun kan.okey dah jangan kecoh kecoh.jangan gaduh kerana diriku.

Cukuplatu sebagai pendahuluan.



Buku add math baru aku selak selak.try sikit sikit.naik berpinar la juga kepala nak cari jalan kira.aku dah form 4.ohhh senangnya dalam hati bila jadi senior.rasa macam mimpi.aku bakal menginjak angka 16.selama ni tengok kakak atas kehulu kehilir study add math.ceh.buku add math dah dalam gengaman gua dah ni.hehe.tinggal try and error je.
Rasa macam baru semalam struggle untuk pt3.stay up sampai lewat malam.terkinja kinja lepas abis pt3.menangis tersedu sedu time amek slip.dah tercampak jauh dah kenangan tu sebenarnya.ye la campak lagi jauh.

"kau pindah tak?"-manusia
Amboi,soalan cepu emas.tak nak jawab boleh?haha.suka hati aku la nak jawab ke tak.ye la ye la aku jawab.

"Jodoh aku dekat sini kuat.cehh jodoh sangat kan.anyway,kalau ada rezeki,pindah."
Hadamkan jawapan tu ye.jangan tanya lagi.kekadang aku terpikir yg bertanya ni nampaknya mengambil berat ke mmg teringin nak tengok aku pindah.kita amek yg positif."ramai caring kat kau,wana"ohmygodd terharu i tau.

Okey,selamat berbahagia sehingga ke anak cucu*caption takde kena mengena*






bye 2014!
 
Blog bila ditinggal memang bersawang lah jawabnya.Syazwana,rajin rajinkanlah dirimu menaip entry baru.
22/12/2014
bangun pagi.gosok gigi.excited punya pasal nak amek result pt3.dup dap dup.buka twitter.yg budak area klang dah gerak nak gi sekolah.aku iron baju pun belum.lepas siap semua,abah,mama,wawan,mimi and anis ikut sekali teman aku amek result.happy family macam ni la.semua tak sabar nak tau result aku.haha.dan tibalah waktu yg ditunggu.time nak amek result tu,terserempak dgn iman.
"kau bape?"dengan tak sabar aku tanya result  iman.
"alhamdullilah.8A"
dengar result iman tu lagila aku tak sabar amek result.dan kaki melangkah masuk.tangan mengambil slip.

senyum.senyum dan senyum.

"kamu pindah tahun depan,wana?"-sir

"ada rezeki in sha allah."tahan sebak.

dekat luar,aku terus nangis.dah la tersedu sedu.malu betul kalau aku flashback benda tu.macam annoying gila weyh.

How about my pt3 result?

Alhamdullilah.masih lagi boleh bernafas dengan result yg ada.

Stop talking about pt3 result k.

Tahniah kepada yg berjaya.Teruskan usaha.Kepada yang lain,rezeki masih ada.Jangan berhenti berusaha.

Okeyla.Yang berlalu biarkan berlalu.Hari ni genap 31 disember 2014.haha.dah nak menginjak angka 16 tahun dah aku ni.pejam celik je kau tau.dulu,time baby mak ayah yg dukung bawa ke hulu ke hilir.now,dah boleh berdikari dah.cewaah.anyway,2014 banyak mengajar aku erti persahabatan,kehidupan,kesabaran dll.sayang weyh nak tinggalkan 2014 ni.

ehem ehem.

HARAPAN.IMPIAN.moga tercapai.

pertama sekali,nak jadi hamba yang taat kepada-Nya.

kedua,anak yg solehah dunia hingga akhirat.

ketiga,nak straight a+ spm 2016.mumtaz sma 2015.doakan dongg.

keempat,nak kurus.*setiap tahun list ni tak pernah dibuang*

cukup la tu.nanti senarai banyak banyak.korang pulak yg tertidur nanti.aku jarang buka blog.entah ada entah tidak si readers nya.bhaha.okey ini hambar.
"semoga tahun 2015 membawa khabar bahagia" 


p/s:aku suka delete entry.harap maklum.sekian.
                                                                                     
  





Welcome
Selamat datang ke dunia khayalan.haha.kbye.

Shoutbox


Twitter
YOUR TWITTER WIDGET HERE


Credit
Skin made by Hafiz Zulkafly . Edit by Nur Syazwana. I GOT THE BACKGROUND FROM Dolliecrave . Other image from We♥it and special thanks to Mr.Google cause help me .
Older Posts